Feedback Pelajar Kami Sebelum ni

Adakah Anda Menghadapi Masalah Ini?

  1. Bacaan Al-Quran masih tersekat-sekat, terutama bila huruf bersambung

2. Sering keliru dengan panjang pendek bacaan & banyak kesalahan tajwid

3. Tidak pasti cara sebutan makhraj & sifat huruf dengan betul

Memperkenalkan..

Fasa 1: Asas Bacaan

Kami membimbing anda membina semula asas bacaan bermula daripada huruf hijaiyah. Kesalahan bacaan yang sebelum ini akan diperbetulkan secara berperingkat melalui latihan praktikal yang berulang bukan sekadar teori.

Fokus Pembelajaran:

Melancarkan bacaan Al-Quran
• Latih tubi ayat-ayat Al-Quran secara konsisten
• Latihan bacaan secara tartil
• Memperkemaskan sebutan & makhraj huruf

 

Hasil Yang Akan Dicapai: Peserta mampu membaca dengan lebih lancar, jelas dan yakin
tanpa lagi tersekat-sekat ketika membaca.

Fasa 2: Penguasaan Tajwid Berperingkat

Dalam fasa ini, anda akan mempelajari hukum tajwid secara tersusun dan berperingkat. Setiap topik diajar dengan pendekatan yang mudah difahami tanpa istilah yang mengelirukan atau membebankan.

Pengenalan hukum-hukum tajwid utama
• Cara bacaan bagi setiap hukum dengan tepat
• Latihan praktikal dalam ayat-ayat Al-Quran

Hasil Yang Akan Dicapai: Peserta mampu membaca dengan lebih lancar serta memahami cara bacaan yang betul mengikut hukum tajwid.

Fasa 3: Tahsin & Graduasi

Fasa terakhir ini memberi penekanan kepada penghalusan bacaan serta semakan menyeluruh sebelum peserta melangkah ke peringkat graduasi.
Peserta akan dibimbing sehingga bacaan menjadi lebih tepat, tersusun dan penuh keyakinan.

Fokus Pembelajaran:

• Semakan bacaan Al-Quran secara menyeluruh
• Latihan bacaan secara konsisten dan berterusan
• Pengukuhan aplikasi hukum tajwid, makhraj & sifat huruf

Hasil Yang Akan Dicapai: Peserta mampu membaca Al-Quran dengan lebih kemas, tepat dan penuh keyakinan.

▶️ Rakaman Setiap Kelas

Terlepas? Jangan risau. Boleh ulang tengok bila-bila masa sampai betul-betul faham.

💬 Sokongan Guru Melalui WhatsApp

Ada soalan di luar waktu kelas? Terus tanya. Guru sentiasa ada untuk bantu anda.

👥 Komuniti Pelajar Dewasa

Belajar bersama mereka yang faham situasi anda. Tiada tekanan, semua dalam proses yang sama.

Dipimpin Oleh Ustaz Solahuddin

Kenali Cara Mudah Belajar Mengaji

Kami percaya, belajar mengaji bukan bergantung pada umur atau latar belakang.
Apa yang paling penting ialah bimbingan yang betul, suasana yang selesa, dan guru yang membimbing anda langkah demi langkah.

TENAGA PENGAJAR UTAMA

Ustazah
Kamilah

Seorang tenaga pengajar yang berpengalaman dalam membimbing pelajar dari peringkat asas. Dikenali dengan pendekatan yang lembut dan sabar, beliau membantu pelajar memahami bacaan Al-Quran dengan lebih mudah dan yakin.

Ustaz
Solahuddin

Mempunyai pengalaman luas dalam pengajaran Al-Quran serta penekanan kepada tajwid yang betul. Beliau memberi fokus kepada pembetulan bacaan secara praktikal agar pelajar dapat membaca dengan lancar dan tepat.

Ustazah
Amirah

Seorang ustazah yang mesra dan mudah didekati, khusus dalam kelas online. Beliau membantu pelajar belajar dalam suasana santai dan selesa, sambil memastikan setiap bacaan diperbetulkan dengan teliti.

Betul. Kelas kita 100% online. Jika ingin kelas secara Fizikal boleh hubungi team kami pada No ini 011 5769 7536. Kelas Fizikal hanya di Teluk Intan Sahaja

Tiada had umur untuk yang nak belajar mengaji bersama kami

Sangat sesuai, kerana program kami memang fokus bermula daripada Asas Alif Ba Ta sehingga Lancar.

Jika ingin kelas yang berjadual bersama guru secara serius, akan ada dikenakan yuran. Yuran di kenakan atas tujuaan komitmen pelajar, kos-kos operasi dan tenaga pengajar sangat berpatutan. 

Ada. Kami juga ada buat kelas Tajwid untuk yang nak belajar Tajwid

Boleh. Tiada masalah. Kami faham ada yang malu untuk belajar ramai-ramai. Kami juga ada buat kelas One to One untuk mereka yang nak belajar secara individu sila hubungi No ini 011 3596 1162

LOKASI MUDAHMENGAJI SDN BHD

MudahMengaji Sdn Bhd © 2026 All rights reserved

0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop