ADAKAH ANDA MASIH BELUM FASIH MEMBACA AL-QURAN? NAK BELAJAR MENGAJI AL-QURAN TAPI MALU?
Jom Belajar Mengaji Al-Quran Dengan Kaedah Yang Mudah Tanpa Stress! Daftar Sesi Kelas PERCUMA Hari Ini!
Kami faham, nak mula belajar mengaji bukanlah sesuatu yang mudah...
Kami yakin anda juga mengalami cabaran seperti ini :
- Tidak kenal huruf
- Tersekat sekat membaca Al-Quran
- Tidak tahu hukum tajwid dengan betul
- Tajwid berterabur
- Selalu tertukar huruf dan baris
- Tiada guru yang boleh mengajar bacaan Al-Quran
Jawapan Untuk Lancar Mengaji Dengan Cara Yang Mudah!
Kami ingin menjemput anda ke Sesi Preview Kelas Asas Alif Ba Ta PERCUMA kami di Teluk Intan. Inilah peluang anda untuk memulakan langkah pertama dalam memperbaiki bacaan Al-Quran dengan lebih mudah dan berkesan
Kelas ini direka khas untuk membantu anda:
-
1) Menguasai teknik asas Alif Ba Ta dengan pendekatan yang mudah dan efektif.
Pendekatan yang digunakan bukan sekadar teori, tetapi gabungan kaedah elektif dan mudah faham – sesuai untuk anda yang belum pernah belajar ataupun pernah belajar tetapi masih keliru. Setiap huruf akan dijelaskan cara sebutannya, bentuk mulut, dan tempat keluar huruf (makhraj) dengan jelas, supaya anda lebih yakin dan tepat dalam bacaan Al-Quran -
2) Mempelajari rahsia memahami bunyi asas al-Quran melalui Teknik Rencaman & TuSu.
Teknik TuSu (Tulis Ulang, Sebut Ulang) ini membantu otak dan lidah berlatih bersama apabila anda menulis, justeru menguatkan ingatan dan mengukuhkan sebutan. Teknik Rencaman pula ialah ketuk, rencam dan ketuk semula. Teknik ini bantu lidah, telinga dan tangan bergerak seiring untuk lebih fokus dan tangkap bunyi huruf dengan tepat. Sangat sesuai untuk yang sukar sebut huruf atau cepat lupa.
-
3) Mengetahui strategi mudah untuk lancar mengaji dengan menggunakan modul buku Talaqqi.
Kami menggunakan modul Buku Hijau Talaqqi Asas Al-Quran yang direka khas untuk membantu pelajar dewasa yang baru bermula dari asas. Modul ini bukan sekadar mengenal huruf, tetapi memberi penekanan kepada cara sebutan yang betul, pengenalan makhraj huruf, serta pengulangan yang membantu ingatan dan kefahaman.
-
4) Mendedahkan rahsia bagaimana cepat mahir membaca al-Quran.
Kelas asas Al-Quran kami mendedahkan rahsia bagaimana anda boleh cepat mahir membaca walaupun bermula dari kosong. Ramai yang bermula dengan rasa ragu-ragu, tetapi akhirnya terkejut dengan perubahan bacaan mereka dalam masa yang singkat, kerana mereka tahu ‘cara’ yang betul.
-
5) Memahami kaedah mengenal tempat keluar bunyi bagi setiap huruf dengan tepat.
Dalam kelas ini, guru akan tunjuk dan betulkan satu per satu sebutan anda, supaya bunyi huruf jadi tepat dalam bacaan. Bila makhraj betul, barulah bacaan sedap didengar dan diterima dalam solat.
Program ini khusus untuk orang dewasa yang ingin meningkatkan bacaan al-Quran dari asas, menggunakan kaedah pembelajaran Mudahmengaji yang telah terbukti berjaya membantu ribuan pelajar mahir membaca al-Quran dengan lancar.
Anda juga berpeluang
Mempelajari rahsia bagaimana pelajar Mudahmengaji.my berjaya khatam 30 Juzuk al-Quran walaupun bermula dari asas Alif Ba Ta.
Kami memahami kesibukan dan cabaran yang dihadapi oleh orang dewasa dalam proses pembelajaran bacaan Al-Quran. Program ini menampilkan tenaga pengajar profesional dan berpengalaman yang akan membimbing anda secara berperingkat.
MAKLUMAT SESI KELAS ASAS AL-QURAN PERCUMA
Seat terhad kepada 50 ORANG sahaja! Jangan lepaskan peluang emas ini.
Daftar secara PERCUMA sekarang untuk memulakan langkah pertama anda menuju kelancaran membaca al-Quran.
Mudahmengaji.my telah mendapat sambutan hebat dan kepuasan tinggi daripada ramai pelajar. Ini antara perkongsian pelajar kami :
Program Tajwid bersama Guru-guru sekolah menengah
Program Hafazan bersama Pelajar sekolah rendah tahun 5

Program Kem solat di pusat Pengajian Al-Quran

Program Al-Quran Masjid Batu 8 Lekir, Perak
Pasti anda tertanya-tanya, siapa tenaga pengajar di Mudahmengaji.my? Berikut adalah sebahagian daripada guru kami.
Pengerusi
Ustaz Ahmad Solahuddin
Pendidikan
- Ijazah Sarjana Muda Syariah Fiqh & Usul Universiti Malaya. Kuala Lumpur (Tahun 2011-2015)
- Asasi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri. Kelantan (Tahun 2009-2011)
- Sekolah Menengah: Ma'ahad At-Tarbiyah Al-Islamiah (Tahun 2008)
Sijil Dalam Al-Quran
- Syahadah Am Surah Al Fatihah 10 Imam Qiraat. Syeikh Redha Ali Darwish Al Ulwani
- Talaqqi Bersanad Juzuk 30 Riwayat Hafs 'An 'Ashim Toriq Asy-Syathibi
- Sijil Mandzhumah Tuhfatul Atfal, Imam Jamzuuri
Soalan Lazim
Kita ada sediakan kelas secara fizikal & online
Tiada had umur untuk yang nak belajar mengaji bersama kami
Sangat sesuai, kerana program kami memang fokus bermula daripada Asas Alif Ba Ta sehingga Lancar.
Kami mempunyai beberapa pakej yang sangat berpatutan. Boleh datang ke sesi preview kami & kami akan kongsikan pakej-pakejnya nanti
Ada. Kami juga ada buat kelas Tajwid untuk yang nak belajar Tajwid
Boleh. Tiada masalah. Kami juga ada buat kelas One to One untuk mereka yang nak belajar secara individu
Boleh. Tak perlu risau. Kami ada buat Tajaan Kelas Mengaji bagi mereka yang memerlukan.
Untuk sebarang pertanyaan, boleh terus whatsapp kami dibawah ini
Tempat adalah terhad! Jangan lepaskan peluang emas ini.
Daftar Seat PERCUMA anda Sebelum Penuh Di Bawah. Mulakan langkah pertama anda menuju kelancaran membaca al-Quran.
